Inilah DUNIA KAMI...

Thursday, April 9, 2009

Susahkah Untuk Berubah????

Tugasku saban hari, masa dan waktu, mendidik, membimbing, menasihat dan mengajar anak didikku meneroka ilmu agar kehidupan lebih bermakna.Aku mendidik mereka bagai anak kandungku tanpa ada sekelumit rasa jemu dan `give-up'. Jauh disudut hatiku mahu melihat murid-muridku bukan saja cemerlang dunia malah seakan kelihatan sinar diwajah, cahaya kebahagiaan kehidupan di `sana' nanti.
Namun...hati qudusku kerap menangis, melihat ragam, telatah dan sikap mereka. Nilai agama bagai di buang, dipinggir dan disisih. lalu bertindak mengikut rasa, tampilkan imej merujuk selera. Pahala dan dosa jarang dikira. Ayuh muridku...terjemahkanlah erti kejayaan itu mengikut kacamata agama kita. Wahai ibu-bapa keraplah merenung, berfikir tentang tugas dan tanggungjawab kita. Peranan itu terlalu berat untuk dipikul. Kita adalah pencorak pertama dan utama, yang menjadi penentu masuk atau tidak zuriat kita ke dalam syurga yang terletak di bawah kaki insan bergelar ibu.
PENDIDIK.. DIDIKLAH DIRI SEBELUM MENDIDIK. Kaulah contoh, kaulah teladan, kaulah ikutan anak didikmu. insaflah

No comments:

Post a Comment