Inilah DUNIA KAMI...

Saturday, May 23, 2009

HARI MINGGU YANG MELETIHKAN




Dari celik mata..kerja tak henti-henti. Nasib baik exam paper dan selesai tanda. Start dengan jemur kain, lipat kain, gosok kain jahit kain dan macam-macam lagi. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan yang mampu melaksanakan tugas sebagai isteri, ibu dan pendidik. Dalam sibuk-sibuk sebegini, pasti aku luangkan masa untuk melapangkan minda dengan `search blog` dan `update blog`. Walaupun letih aku rasa puas bila lihat hasil, rumah kemas, pokok-pokok bunga terjaga rapi....

Tuesday, May 19, 2009

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR




Semalam sebahagian kami diwajibkan menghadiri sesi pembelajaran penggunaan `Smartboard'.Setiap ilmu baru pasti banyak yang memberi pandangan peribadi. Baik buruk sesuatu itu bergantung kepada sejauhmana positifnya seseorang itu dalam membuat penilaian.
Dunia pendidikan.. perlu sentiasa mencari dan mencipta kaedah terkini bagaimana untuk menarik minat murid mengikuti sesi pembelajaran. Apapun, kita berbangga dengan dunia pendidikan kerana sentiasa ada pihak yang mencipta dan terus mencipta alat bantu mengajar..

Friday, May 15, 2009

KERENAH ANAK-ANAK

Abang tak mau sekolah, abang tak suka sekolah..abang dah bosan pergi sekolah. Itulah kata-kata anak lelaki sulongku , Amir Hadi. Sebagai seorang ibu dan guru, hati kecilku bertanya, apa yang tak kena pada anakku ini? adakah suasana sekolah?...atau kekurangan yang ada pada dirinya..sebagai ibu, aku tidak jemu memujuk dan berfikir bagaimana untuk menarik minat anakku untuk ke sekolah....
Berbeza dengan kakak-kakak dan adiknya yang sentiasa menunjukkan minat, bertanggungjawab terhadap `homework yang diberi guru dan cemerlang dalam pelajaran mereka.
Lain anak lain perangainya..inilah cabaran bagi ibubapa. Harapan ibu..moga keadaan ini bersifat sementara saja...Amin.

HARI GURU 2009

TUHAN, Terima kasih kerana telah mentakdirkan aku menjadi seorang guru. Tugas ini terlalu mulia dan suci. Kerana itu wahai semua guru tak kira apa bidang kalian ceburi, jadilah guru yang sejati, ikhlas mendidik kemuliaan akhlak murid,....di samping kecemerlangan akademik mereka. Guru kaulah pencorak kedua...masih belum terlambat. untuk membetul yang salah ... membaiki yang kurang....
Setiap tahun,....Hari Guru pasti dirayakan oleh murid-murid kita...walaupun tidak semua .....ada murid-murid kita begitu menanti-nantikan Saat bersejarah ini.. untuk melafazkan ucapan Selamat Hari Guru.
Wahai murid-muridku....terima kasih di atas ucapan `keramat' itu...mudah-mudahan dengan doa itu cikgu akan menjadi lebih bersemangat dan berdaya saing untuk muncul menjadi guru `idola' anda....

Thursday, May 14, 2009

SAAT PALING BAHAGIA


Anis Farhana menjadi pelajar terbaik UPKK 2008, mendapat peratus tertinggi di antara mereka yang berjaya mendapat 8A. Syukur alhamdulillh....Baktiku kini berbalas walaupun umi tidak punya banyak waktu untuk menyemak kerja-kerja sekolah hariannya.
Foto ini diambil pada hari Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK, anjuran PPD Petaling, 17 April 2009.

HARAPAN BUATMU SUAMI


MUDAHNYA KITA MENGHUKUM...

Cuba kita muhasabah diri..dari celiknya mata hingga dipejam semula..Bila lidah berbicara...banyaknya kata-kata kurang manis dilontar. Sebut saja nama individu-individu ,pantas dan lancar kita melabel, itu... dan ini...Peliknya bila kebaikan dikhabar...petah juga kita mengata tak ada dalil yang dijumpai, tak ada hadis yang memberitahu.

Sedarkah kita bahawa ilmu Allah itu amatlah luas. Jika kita tak jumpa sesuatu masalah itu, mungkin ilmu kita belum sampai ketahap itu..Aplikasikan dalam diri sifat sebenar orang berilmu. makin banyak ilmu dituntut, makin warak dan rendah diri. Bukannya lagak semakin ego.

ANAK DIDIDIK, MURID DIBIMBING.

DI rumah kita yang bergelar ibu, sibuk dan sentiasa ligat mendidik anak, memastikan anak-anak tidak terabai, kehilangan haknya dek kesibukan ibu bapanya. Walau penat meratah diri...tanggungjawab jangan sekali diabai.
Menjejak kaki ke sekolah kita adalah guru yang sarat ilmu di dada dan senantiasa bersedia untuk membimbing anak-anak muda...cerdik akal dan cemerlang akhlak. Wahai guru renunglah mata anak-anak dan anak didik kita. Mereka itu memerlukan sumbangan dan pengorbanan kita. Didiklah dengan hati..yang tulus dan suci.. jauhi prasangka, prejudis dan diskriminasi. Tadahlah tangan, bermunajat, kerana doa guru umpama doa ibu.

Wednesday, May 13, 2009

MEMPEROLEH HATI YANG BERSIH



JALANILAH HIDUP INI BERPANDUKAN AKAL,,ILMU DAN IMAN (KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN)

HATI SEPUTIH SALJI


Seperti biasa sebelum jam 7.00 mlm, kami sekeluarga akan menikmati makan malam. Tiba-tiba sikecil mencelah,, umi nak nasi. Nanti kakak ambil pinggan untuk baby. Biasalah sikecil ni mahu ada hak sendiri seperti abang dan kakak-kakaknya.

Abah baca,,,,kata sikecil sambil menadah tangan. Fahamlah si bapa bahawa anak kecil itu mahu dimulai dengan doa. Tersentuh hati kecilku..betapa anak-anak mempunyai hati yang bersih dan suci seperti kapas atau salji. Pantang dibimbing, terus diingat...Hatinya begitu kuat menyerap. Jika baik didikan kita baiklah dia, jika sebaliknya malanglah kita sebagai ibu bapa.

Tuesday, May 12, 2009

SESEKALI BERSOSIAL

Pada mac 2009, kami, staf Ari Aman ke Kota Bharu. Best..enjoy. Komen anak-anak, susahlah bila umi tiada. Apapun yang baiknya anak-anak pandai masak bila umi tak ada.

Yang pasti kami rakan dan sahabat enjoy habis....shoping sampai larut malam.

KAWAN DLM KEHIDUPAN

Indahnya hidup bila amalan ziarah menziarahi menjadi satu tradisi. Lokasi, Saujana Sungai Buloh.

TUNJANG SEMANGAT JUANG

KELUARGA & RAKAN SEPERJUANGAN





Monday, May 11, 2009

KITA DAN TANGGUNGJAWAB


PENDIDIK, PEMBIMBING..itulah kita..seawal pagi kita semestinya mulakan dengan doa yang qudus mohon agar dipermudah segala urusan , mendidik anak bangsa, menjadi pelajar berakhlak dan cemerlang akademik. Bukan tugas mudah, kerana anak didik kita datang dari pelbagai acuan keluarga. Bagaimana susah dan getirpun tugasan itu, memang perlu diteruskan dengan hati yang paling ikhlas. Pendidik, dalam mendidik hati perlu persih, sikap perlu positif..banyak bersangka baik. Semua anak-anak didik kita tidak minta dilahirkan untuk jadi tak pandai,,akhlak kurang baik.. dan apa-apa lagi...yang kurang menyenangkan. Cuma nasib kurang menyebelahi mereka. Banyak faktor yang menjadikan mereka begitu.....Oleh itu jadilah pendidik yang jujur, tabah dan sabar. Mudahan kita diberkati.

Sunday, May 10, 2009

SUAMI MITHALI, SUAMI SEJATI


Menjadi impian wanita untuk mendapat suami soleh. Tidak susah untuk memilikinya, kerana jika mahu yang baik, kita hanya perlu jadi baik.
Hakikatnya, kita hanya pandai mengukir seribu kata, praktikalnya kurang. Kita rancak mencerita perihal orang, tapi kita jarang cermin diri sendiri.
Allah SWT itu adil, dia bagi apa yang sesuai dan sepada dengan diri kita. Macam mana milik kita , itulah kita.....renungkanlah.

Saturday, May 9, 2009

Suara hati seorang ibu untuk ibu-ibu

KAWAN DAN SAHABAT..
Hari ini semua anak-anak merayakan hari Ibu. Kita adalah ibu. kita juga mempunyai ibu. Ibu kita telah berjaya mendidik kita menjadi insan yang berjaya sepertimana apa yang kita lalui hari ini. Namun.. satu persoalan, adakah kita juga akan berjaya mendidik anak-anak kita sepertimana berjayanya ibu kita?...Cabaran hari ini terlalu hebat dalam membesar dan mendidik anak-anak.
SAHABATKU..
Utamakanlah pendidikan agama melebihi segalanya. Tidak rugi seandainya anak-anak kita tidak didedahkan denan macam-macam kemahiran yang ada hari ini.Sebaliknaya amatlah rugi jika anak kita membesar tidak mengikut acuan kita sebagai Muslim sejati. Ramai ibu hari ini mencorak anak-anak ala gaya moden. Alasan anak masih kecil, namun yang dicorak semasa kecil inilah yang akan sebati dalam diri anak yang masih putih. Anak-anak pasti memerhati dan menyemai segala cara dan pendekatan yang menjadi rutin hidup kita. Lantaran itu tegas dan sedikit keras dalam menanam nilai dan prinsip hidup anak-anak bukan satu kesalahan. Sikap longgar dalam mendidik anak-anak mengikut acuan agama adalah racun yang akan memusnahkan masa depan anak-anak. Jadilah kita ibu yang malang, gagal dalam mencorak anak-anak mengikut kacamata agama kita. Para ibu muhasabahlah diri selalu. Jika kamutemui kekurangan di dalam diri anak-anak, itu juga adalah kekurangan kamu.Jika anak-anak kita cemerlang ...itu tandanya kita telah cemerlang dalam mendidik anak-anak.
MAK...
KASIHMU SESEJUK EMBUN PAGI. SELAMAT HARI IBU. MEI 2009

ANAK-ANAK..TUNJANG SEMANGAT UMMI & ABAH

AISYA...
Sicilik yang `brilliant`. Sentiasa menunjukkan kecemerlangan dalam apa jua kemahiran. Petah bicara sejak usia belasan bulan. Very independent. Namun agak moody. Cemburu pada sikecil, arif begitu ketara. Bergaduh tidak tentu masa....apapun keadaan, celotehmu anak-anak, sentiasa dirindui dan menghiburkan. KAULAH TUNJANG SEMANGAT ABAH DAN UMI. WE LUV U ALL SO MUCH.
AMIR/ARIF
Dua perwira yang menceriakan hari-hari kami sekeluarga. Amir dengan tutur kata yang senantiasa bersopan, penyejuk perut ibu yang mengandung dan mendingin hati yang adakalanya dalam kemarahan. Arif...sibongsu yang menghibur...petah dalam bicara..pembakar semangat ibu yang ada waktunya hampir longlai dek beban tugas yang menghimpit. NAK....jadilah perwira yang pasti terus akan membela keluarga hingga ke hijung nyawa.

ALYA...
Anak yang tidak banyak bicara...sentiasa akur dengan suruhan...istiqamah dalam melaksana t/jawab terhadap amanah menjaga adik. Ingat..jika mahu disayangi adik-adik,,sayangilah mereka. Hormati siapa saja ...nescaya diri akan dihormati. Abah dan Ummi amat bertuah memiliki anak sepertimu.


Anis....usiamu telah menjangkau belasan tahun. Dibahumu terpikul satu tanggungjawab yang bukan mudah untuk dipikul. Jadilah kak long yang menjadi role model kepada adik-adik. Apa yang kau pamer akan menjadi ikutan adik-adik. Setiap tuturkatamu jadi perhatian pada adik-adik..Jadilah contoh yang terbaik untuk adik-adik. Individu yang beriman dan solehah adalah mereka yang jiwanya bersih, redha ketentuan ilahi, bersedia menerima teguran. Siapapun dirimu...kau adalah seorang kakak yang disayangi adik-adik, anak yang menjadi kebanggaan abah dan ummi.


IBU..UMMI,,EMAK..adalah panggilan yang senantiasa meniti dibibir anak-anak. Tanpamu mana mungkin anak-anak bisa melihat dunia yang indah ciptaan Tuhan. Walau dimamah usia, anakmu belum jemu menagih kasihmu ibu, mengharap doa qudusmu ibu..
Walau jarak ratusan, malah ribuan batu memisahkan kita, kau tetap terpahat dihati ini...ANAKMU AMAT MERINDUI BELAIANMU IBU...doakanlah anakmu yang jauh diperantauan ini..ibu

Friday, May 8, 2009

Anis, Arif & Alya