Inilah DUNIA KAMI...

Thursday, April 9, 2009

Susahkah Untuk Berubah????

Tugasku saban hari, masa dan waktu, mendidik, membimbing, menasihat dan mengajar anak didikku meneroka ilmu agar kehidupan lebih bermakna.Aku mendidik mereka bagai anak kandungku tanpa ada sekelumit rasa jemu dan `give-up'. Jauh disudut hatiku mahu melihat murid-muridku bukan saja cemerlang dunia malah seakan kelihatan sinar diwajah, cahaya kebahagiaan kehidupan di `sana' nanti.
Namun...hati qudusku kerap menangis, melihat ragam, telatah dan sikap mereka. Nilai agama bagai di buang, dipinggir dan disisih. lalu bertindak mengikut rasa, tampilkan imej merujuk selera. Pahala dan dosa jarang dikira. Ayuh muridku...terjemahkanlah erti kejayaan itu mengikut kacamata agama kita. Wahai ibu-bapa keraplah merenung, berfikir tentang tugas dan tanggungjawab kita. Peranan itu terlalu berat untuk dipikul. Kita adalah pencorak pertama dan utama, yang menjadi penentu masuk atau tidak zuriat kita ke dalam syurga yang terletak di bawah kaki insan bergelar ibu.
PENDIDIK.. DIDIKLAH DIRI SEBELUM MENDIDIK. Kaulah contoh, kaulah teladan, kaulah ikutan anak didikmu. insaflah

Rutin Hidup....

Seperti biasa sebelum jam 7.00 aku sudah sampai disekolah. Biarpun penat, dek perjalanan yang jauh, aku tetap bersemangat untuk terus menabur bakti pada anak bangsaku. Tiap hari pasti ada cerita berbaur pengajaran yang baru ingin ku kongsi bersama anak didikku.

Dalam semangat yang berkobar terasa sedikit terkilan apabila aku hanya dapat berkongsi ilmu bersama 9 dari lebih 35 orang murid. Kebanyakan mereka mengikuti rombongan ke Pusat Sains Negara. Bagaimanapun aku tetap meneruskan P&P pada hari itu. Pada hari itu aku mengajar Hadis yang bertajuk Perpaduan Teras Kemajuan. Menarik tajuk itu. Bersatu itu teguh, berpecah pasti lumpuh. Renunglah bangsaku...Buat anak didikku yang tidak dapat sama-sama berkongsi ilmu pada hari itu, sila klik di sini.

Friday, April 3, 2009

Kehidupan dan Kesihatan

Kesihatan.....perlukan diberi perhatian? Kesihatan mencakupi dalaman dan luaran. Dalaman amat sukar untuk dikesan. Menjadi satu kewajipan setiap individu menjaga kesihatan diri. Kesihatan diri kita umpama 'traffic light". Warna hijau melambangkan keadaan sihat, kuning adalah dalam keadaan berjaga-jaga kerana tanda-tanda untuk sakit sudah ada. Merah adalah menunjukkan sakit kita adalah sudah ditahap merbahaya.
Cuba anda amati proses perubahan warna pada 'traffic light'. Contohnya antara hijau ke kuning, kuning ke merah dan merah ke hijau kembali. RENUNGKANLAH. Oleh itu jagalah kesihatan diri anda. Kesihatan dan ibadah amat berkait rapat. bila tidak sihat ia menjadikan kita tidak selesa untuk beribadah. Lebih malang, jika terpaksa postpone ibadah yang fardu.

Wednesday, April 1, 2009

SAYA DAN KERJAYA


Seorang pendidik

Bidang, Pendidikan Islam

Tempat : SMK (P) Sri Aman

Mula: 1993 - sekarang


Tempat Tinggal : Taman Lestari Putra, Equine Park , Sri Kembangan.

Kenali Saya


Selamat datang ke blog saya, Nura Abd Rahman, Status, berkahwin. Suami, Mohd Zammari Che Omar dari utara, Kedah Darul Aman. Dikurnikan lima cahaya mata, 2 lelaki dan 3 perempuan.Puteri dan puteraku adalah Anis, Alya, Amir, Aisya dan Arif. Mereka kini berusia antara 2 hingga 12 tahun.
Kerjaya, pendidik. Suami, IT consultant.

LAYARI WEBSITE INI