Inilah DUNIA KAMI...

Tuesday, June 16, 2009

Aduhai muridku....

Selesai mengajar di kelas blok D, mcm biasa aku ke bilik guru. Sebelum keluar aku ternampak sepucuk surat di tuju pada ku...Di bilik guru , surat itu ku baca....Allahuakbar...kenapa jadi begitu?...

Wahai muridku..taukah anda kenapa jadi begitu???Untuk merungkai persoalan itu ikutlah nasihat ini;


  • Jaga solat 5 waktu.

  • Solat di awal waktu

  • Dampingi orang berilmu

  • Banyak mencari ilmu

  • Elak maksiat

InsyaAllah segala keraguan terungkai.

Muhasabah Diri

Mereka berdua ni, macam kembar. bercerita tak habis-habis...
Anis Farhana, 12yrs old... anak harapan keluarga,,menjadi contoh kepada adik-adik..komen adik-adik....akak ni suka marah orang..
Alya Farhani....10 yrs old. very independent daughter. Sentiasa mengambilberat tentang penampilan diri.

Melihat anak-anak membesar di depan mata,,, bermacam persoalan muncul di kotak fikiran. Mampukan aku mendidik mereka hingga menjadi insan sempurna? Dah besarpun anak-anakku semua. Ini bermakna "my age getting old!!!!. Tuhan...bagilah aku kesempatan dan kekuatan untuk mendidik zuriatku menjadiu anak soleh dan solehan yang menjadi penyejuk hati abah dan ummi.

Friday, June 5, 2009

Dunia anak-anak...

Ni tengah tunggu nak masuk terapi, siarif ni takut kucing...
Ini gaya Ben 10...dari Arif


Punyalah lama pilih nak beli jam...berejam-rejam

Posing di Playground

Tengok ni...gaya Ultraman...





Thursday, June 4, 2009

BERSAMA-MURID-MURID HARAPANKU....


Wahai muridku siapapun kamu....anda semua adalah pembakar semangat seorang guru,,penyejuk hati seorang pendidik...cuti-cuti begini..pasti hati seorang guru ini rindu pada celoteh murid...kenakalan mereka yang menjadi kekuatan guru untuk terus bangkit...menjadi guru yang memiliki jati diri yang sebenar.
Tidak terlewat untuk ku ucapkan terima kasih pada semua murid yang telah bersusah payah menghulur hadiah sempena Hari Guru.



SEHARI BERSAMA ANAK-ANAK...


Seperti biasa jam 5.00 pagi aku bangun..gosok baju suami, solat subuh, prepare breakfast untuk suami n anak2. Suami dah pergi kerja, kerjaku seterusnya sidai kain, sapu sampah n megemas rumah. Best juga jadi `fulltime housewife'. Bila semua anak-anak dah bangun, sibujang mintak nasi lemaklauk ayam. Apa yang dah ada dia x nak.

Sebagai ibu aku x byk cite, capai kunci kereta pi beli nasi lemak. Puas hati ibu lihat anak gembira dapat apa yang diingini. Jam 8.30, aku ke pusat terapi..maintain kesihatan...Balik rumah masak nasi minyak utk makan tgh hari. Siap masak angkat kain. Anak daraku yang dua orang tu (anis n alya) tekun lipat kain yang dah ada 3 bakul. si kecil leka main dgn kakaknya aisya. Amer Hadi pula dgn dunianya sendiri...

CUTI SEKOLAH......

Hari pertama cuti saya ke Sekolah,,,bersama Sofia menyiapkan buku program sambutan Hari Guru peringkat daerah. Kerja di masa cuti best juga tak banyak gangguan. cuma tekanan masa yang menghambat diri,, membuat kita orang tension sangat.
Yang bestnya dapat juga keluar dari kepompomg rumah yang tak pernah habis kerja. Hari rabu pergi lagi sekolah, juga bersama sofia dan Pn. Yeap...Lastly Sofia dan Pn Yeap ke PPD Utama untuk submit kerja. Sayapun chowlah....buat kerja rutin ambil anak-anak rumah pengasuh....penatpun bila tengok anak2...sejuk hati.


Sekolah KebanggaanKU....

Inilah sekolah pertamaku...SMK (P) Sri Aman. Kali pertama menjejak kaki ke sekolah ini...ada juga rasa tertekan, maklumlah awak dari pekan kecil,...tiba-tiba tercampak kat P.Jaya. Budaya dan cara hidup yang amat berbeza.
Apapun di sinilah segala-galanya bermula. Dari bertatih sebagai pendidik...hinggalah aku jadi seorang guru yang sentiasa bersemangat untuk mendidik anak bangsa. Sri Aman telah menyuntik diriku menjadi Pendidik yang tidak mudah mengalah walau berhadapan dengan pelbagai cabaran....