Gelagat muridku ku perhati satu demi satu..lalu hatiku bertanya, apa salah dan dosaku sebagai pendidik..hingga aku dihukum sebegini????Setiap kali selesai aktiviti P&P aku tidak jemu-jemu memberi tazkirah baik denga nada serius ataupun nada gurauan, Tujuanku hanya satu, muridku menjadi murid terdidik akhlak mereka. Nampaknya nasihat hanya tinggal kata-kata cuma.
Kedatangan Ramadan memberi harapan menggunung dihatiku...tapi keadaan tidak banyak berubah..Puasa hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata.
Anak lelaki kami yang sulong ni....lain sikit..suruh puasa,, mengiakannya.tapi esoknya makan minum macam biasa. Tak sama macam adiknya yang setahun lebih muda darinya( 6 th) bolehpun puasa penuh. Inilah cabaran didik anak.
Puasa tahun ini dua kali suamiku ke Sabah..aku dan anak-anak pasrah. Dia pergi untuk mencari rezeki. Apa-apapun dia adalah segala-galanya untuk kami sekeluarga. We all love u forever...