Inilah DUNIA KAMI...

Saturday, May 23, 2009

HARI MINGGU YANG MELETIHKAN




Dari celik mata..kerja tak henti-henti. Nasib baik exam paper dan selesai tanda. Start dengan jemur kain, lipat kain, gosok kain jahit kain dan macam-macam lagi. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan yang mampu melaksanakan tugas sebagai isteri, ibu dan pendidik. Dalam sibuk-sibuk sebegini, pasti aku luangkan masa untuk melapangkan minda dengan `search blog` dan `update blog`. Walaupun letih aku rasa puas bila lihat hasil, rumah kemas, pokok-pokok bunga terjaga rapi....

Tuesday, May 19, 2009

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR




Semalam sebahagian kami diwajibkan menghadiri sesi pembelajaran penggunaan `Smartboard'.Setiap ilmu baru pasti banyak yang memberi pandangan peribadi. Baik buruk sesuatu itu bergantung kepada sejauhmana positifnya seseorang itu dalam membuat penilaian.
Dunia pendidikan.. perlu sentiasa mencari dan mencipta kaedah terkini bagaimana untuk menarik minat murid mengikuti sesi pembelajaran. Apapun, kita berbangga dengan dunia pendidikan kerana sentiasa ada pihak yang mencipta dan terus mencipta alat bantu mengajar..

Friday, May 15, 2009

KERENAH ANAK-ANAK

Abang tak mau sekolah, abang tak suka sekolah..abang dah bosan pergi sekolah. Itulah kata-kata anak lelaki sulongku , Amir Hadi. Sebagai seorang ibu dan guru, hati kecilku bertanya, apa yang tak kena pada anakku ini? adakah suasana sekolah?...atau kekurangan yang ada pada dirinya..sebagai ibu, aku tidak jemu memujuk dan berfikir bagaimana untuk menarik minat anakku untuk ke sekolah....
Berbeza dengan kakak-kakak dan adiknya yang sentiasa menunjukkan minat, bertanggungjawab terhadap `homework yang diberi guru dan cemerlang dalam pelajaran mereka.
Lain anak lain perangainya..inilah cabaran bagi ibubapa. Harapan ibu..moga keadaan ini bersifat sementara saja...Amin.

HARI GURU 2009

TUHAN, Terima kasih kerana telah mentakdirkan aku menjadi seorang guru. Tugas ini terlalu mulia dan suci. Kerana itu wahai semua guru tak kira apa bidang kalian ceburi, jadilah guru yang sejati, ikhlas mendidik kemuliaan akhlak murid,....di samping kecemerlangan akademik mereka. Guru kaulah pencorak kedua...masih belum terlambat. untuk membetul yang salah ... membaiki yang kurang....
Setiap tahun,....Hari Guru pasti dirayakan oleh murid-murid kita...walaupun tidak semua .....ada murid-murid kita begitu menanti-nantikan Saat bersejarah ini.. untuk melafazkan ucapan Selamat Hari Guru.
Wahai murid-muridku....terima kasih di atas ucapan `keramat' itu...mudah-mudahan dengan doa itu cikgu akan menjadi lebih bersemangat dan berdaya saing untuk muncul menjadi guru `idola' anda....

Thursday, May 14, 2009

SAAT PALING BAHAGIA


Anis Farhana menjadi pelajar terbaik UPKK 2008, mendapat peratus tertinggi di antara mereka yang berjaya mendapat 8A. Syukur alhamdulillh....Baktiku kini berbalas walaupun umi tidak punya banyak waktu untuk menyemak kerja-kerja sekolah hariannya.
Foto ini diambil pada hari Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK, anjuran PPD Petaling, 17 April 2009.

HARAPAN BUATMU SUAMI


MUDAHNYA KITA MENGHUKUM...

Cuba kita muhasabah diri..dari celiknya mata hingga dipejam semula..Bila lidah berbicara...banyaknya kata-kata kurang manis dilontar. Sebut saja nama individu-individu ,pantas dan lancar kita melabel, itu... dan ini...Peliknya bila kebaikan dikhabar...petah juga kita mengata tak ada dalil yang dijumpai, tak ada hadis yang memberitahu.

Sedarkah kita bahawa ilmu Allah itu amatlah luas. Jika kita tak jumpa sesuatu masalah itu, mungkin ilmu kita belum sampai ketahap itu..Aplikasikan dalam diri sifat sebenar orang berilmu. makin banyak ilmu dituntut, makin warak dan rendah diri. Bukannya lagak semakin ego.