Inilah DUNIA KAMI...

Friday, August 14, 2009

Sekolah Ganti 15/8/09






Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin
Dikendalikan oleh ustazah faridah, dibantu oleh ustazah Normala, guru yang turut hadir Pn,Noraini Chance. Ustazah tukang ambil gambar utk masuk dalam blog ini.
Pukul 9.30 am, kelas agama 4SBD, wow!!!!jumlahnya 4 orang sahaja...anyway...they all got 5 merit mark for sahsiah. Itulah ganjaran untuk mereka yang dipilih oleh Allah utk melangkah kaki ke sekolah.




PERGINYA PERMATA AGAMA






He`s gone too soon.
Pergi Tak Kembali
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa....

Ramadan Datang Lagi


Bulan rahmat menjenguk lagi....Ya Allah,,Jadilah kami, seluruh umat Islam terus komited untuk ihya` Ramadan ini hingga ke penghujungnya. Mudahan kami dapat peluang keemasan bertemu malam keramat itu...MALAM LAILATULQADAR.

Inilah doa dari hambaMu Ya Alllah.

Monday, August 10, 2009

CUTI H1N1

Cuti.........bunyinya indah..tapi bagiku tak seindah yang diimpikan.Apa tidaknya cuti one week, setiap hari seorang anak sakit, 5 org 5 hari.....Apapun aku bersyukur kerana apa yang di atur Allah begitu cantik dan tidak menyusahkan ...Alhamdulillah

Friday, July 31, 2009

Manusia & Kematian

KEMATIAN.....
Perkataan ini amat menakutkan bagi sesetengah orang.
Tapi KEMATIAN itu amat dirindui oleh sesetengah pihak.
Ingatlah insan.....mati itu pasti
Cuma waktunya tak pernah dikhabarkan.
Ia datang bila-bila masa
Tak mengenal usia..
Tak mengira tempat dan keadaan

Walau jauhnya ia..
Umpama kita dalam barisan
Umpama kita dalam perjalanan
Akhirnya tiba jua...
Justeru......whai insan
Bersedialah untuk MATI...

Persoalan......


Semua orang suka yang indah, yang cantik, yang sempurna,,,tapi adakah semua orang bila melakukan sesuatu......cuba buat yang terbaik ,,sesempurna mungkin, kalau boleh tiada cacat cela dan disukai semua orang.
Jika kita seorang murid,,,,jadi murid disukai guru, Jika kita seorang guru..jadi guru yang disukai..disegani....dicontohi...dan dihargai..Tapi kenapa tidak ramai untuk jadi seperti itu????

Kenali diri,,,,,,


Siapa kita? ...kemana kita?....
5 perkara utama perlu dan wajib ingat dalam kehidupan.

1. Yakin pada Alllah
2. Percaya Sunnah Nabi
3. Tahu setiap insan adalah khalifah, pimpinlah diri
4. Hidup untuk beribadah
5. Setiap amalan/perbuatan akan dinilai

Renungilah selalu.....pasti hidup amat beerti.