Inilah DUNIA KAMI...

Monday, May 11, 2009

KITA DAN TANGGUNGJAWAB


PENDIDIK, PEMBIMBING..itulah kita..seawal pagi kita semestinya mulakan dengan doa yang qudus mohon agar dipermudah segala urusan , mendidik anak bangsa, menjadi pelajar berakhlak dan cemerlang akademik. Bukan tugas mudah, kerana anak didik kita datang dari pelbagai acuan keluarga. Bagaimana susah dan getirpun tugasan itu, memang perlu diteruskan dengan hati yang paling ikhlas. Pendidik, dalam mendidik hati perlu persih, sikap perlu positif..banyak bersangka baik. Semua anak-anak didik kita tidak minta dilahirkan untuk jadi tak pandai,,akhlak kurang baik.. dan apa-apa lagi...yang kurang menyenangkan. Cuma nasib kurang menyebelahi mereka. Banyak faktor yang menjadikan mereka begitu.....Oleh itu jadilah pendidik yang jujur, tabah dan sabar. Mudahan kita diberkati.

Sunday, May 10, 2009

SUAMI MITHALI, SUAMI SEJATI


Menjadi impian wanita untuk mendapat suami soleh. Tidak susah untuk memilikinya, kerana jika mahu yang baik, kita hanya perlu jadi baik.
Hakikatnya, kita hanya pandai mengukir seribu kata, praktikalnya kurang. Kita rancak mencerita perihal orang, tapi kita jarang cermin diri sendiri.
Allah SWT itu adil, dia bagi apa yang sesuai dan sepada dengan diri kita. Macam mana milik kita , itulah kita.....renungkanlah.

Saturday, May 9, 2009

Suara hati seorang ibu untuk ibu-ibu

KAWAN DAN SAHABAT..
Hari ini semua anak-anak merayakan hari Ibu. Kita adalah ibu. kita juga mempunyai ibu. Ibu kita telah berjaya mendidik kita menjadi insan yang berjaya sepertimana apa yang kita lalui hari ini. Namun.. satu persoalan, adakah kita juga akan berjaya mendidik anak-anak kita sepertimana berjayanya ibu kita?...Cabaran hari ini terlalu hebat dalam membesar dan mendidik anak-anak.
SAHABATKU..
Utamakanlah pendidikan agama melebihi segalanya. Tidak rugi seandainya anak-anak kita tidak didedahkan denan macam-macam kemahiran yang ada hari ini.Sebaliknaya amatlah rugi jika anak kita membesar tidak mengikut acuan kita sebagai Muslim sejati. Ramai ibu hari ini mencorak anak-anak ala gaya moden. Alasan anak masih kecil, namun yang dicorak semasa kecil inilah yang akan sebati dalam diri anak yang masih putih. Anak-anak pasti memerhati dan menyemai segala cara dan pendekatan yang menjadi rutin hidup kita. Lantaran itu tegas dan sedikit keras dalam menanam nilai dan prinsip hidup anak-anak bukan satu kesalahan. Sikap longgar dalam mendidik anak-anak mengikut acuan agama adalah racun yang akan memusnahkan masa depan anak-anak. Jadilah kita ibu yang malang, gagal dalam mencorak anak-anak mengikut kacamata agama kita. Para ibu muhasabahlah diri selalu. Jika kamutemui kekurangan di dalam diri anak-anak, itu juga adalah kekurangan kamu.Jika anak-anak kita cemerlang ...itu tandanya kita telah cemerlang dalam mendidik anak-anak.
MAK...
KASIHMU SESEJUK EMBUN PAGI. SELAMAT HARI IBU. MEI 2009

ANAK-ANAK..TUNJANG SEMANGAT UMMI & ABAH

AISYA...
Sicilik yang `brilliant`. Sentiasa menunjukkan kecemerlangan dalam apa jua kemahiran. Petah bicara sejak usia belasan bulan. Very independent. Namun agak moody. Cemburu pada sikecil, arif begitu ketara. Bergaduh tidak tentu masa....apapun keadaan, celotehmu anak-anak, sentiasa dirindui dan menghiburkan. KAULAH TUNJANG SEMANGAT ABAH DAN UMI. WE LUV U ALL SO MUCH.
AMIR/ARIF
Dua perwira yang menceriakan hari-hari kami sekeluarga. Amir dengan tutur kata yang senantiasa bersopan, penyejuk perut ibu yang mengandung dan mendingin hati yang adakalanya dalam kemarahan. Arif...sibongsu yang menghibur...petah dalam bicara..pembakar semangat ibu yang ada waktunya hampir longlai dek beban tugas yang menghimpit. NAK....jadilah perwira yang pasti terus akan membela keluarga hingga ke hijung nyawa.

ALYA...
Anak yang tidak banyak bicara...sentiasa akur dengan suruhan...istiqamah dalam melaksana t/jawab terhadap amanah menjaga adik. Ingat..jika mahu disayangi adik-adik,,sayangilah mereka. Hormati siapa saja ...nescaya diri akan dihormati. Abah dan Ummi amat bertuah memiliki anak sepertimu.


Anis....usiamu telah menjangkau belasan tahun. Dibahumu terpikul satu tanggungjawab yang bukan mudah untuk dipikul. Jadilah kak long yang menjadi role model kepada adik-adik. Apa yang kau pamer akan menjadi ikutan adik-adik. Setiap tuturkatamu jadi perhatian pada adik-adik..Jadilah contoh yang terbaik untuk adik-adik. Individu yang beriman dan solehah adalah mereka yang jiwanya bersih, redha ketentuan ilahi, bersedia menerima teguran. Siapapun dirimu...kau adalah seorang kakak yang disayangi adik-adik, anak yang menjadi kebanggaan abah dan ummi.


IBU..UMMI,,EMAK..adalah panggilan yang senantiasa meniti dibibir anak-anak. Tanpamu mana mungkin anak-anak bisa melihat dunia yang indah ciptaan Tuhan. Walau dimamah usia, anakmu belum jemu menagih kasihmu ibu, mengharap doa qudusmu ibu..
Walau jarak ratusan, malah ribuan batu memisahkan kita, kau tetap terpahat dihati ini...ANAKMU AMAT MERINDUI BELAIANMU IBU...doakanlah anakmu yang jauh diperantauan ini..ibu

Friday, May 8, 2009

Anis, Arif & Alya